Pengajian Malaysia

Bab 4 : Pembangunan Negara
Thursday, 9 March 2017 . 0 word(s) .


BAB 4 :  PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA


Pada hari ini rakyat malayia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan.Keistimewaan dasar-dasar pembangunan Negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan.Sebelim tahun 1969,amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita.Tidak kurang juga mendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonomi antara kaum.Walaupun peristiwa 13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakan harta benda,namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin negara  dan masyarakat bahawa sesuatu tindakan yang tegas harus diambil.

RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

- Secara umumnya,sejarah perancangan pembagunan Negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama,iaitu
Perancangan zaman sebelum merdeka.
perancangan zaman selepas merdeka.
perancangan selepas pelaksanaan dasar ekonomi baru.


MAKSUD PEMBANGUNAN

- Pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi,dan sebagainya.Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal,kebendaan dan bukan kebendaan.
-Pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
-Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk  mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.
-Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama,iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan  Rangka Rancangan  Jangka Panjang (RRJP).Sejak merdeka,sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.


RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan,menetapkan sasaran perkembangan makrorkonomi dan juga saiz serta peruntukkan yang disediakan untuk program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan.Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta. 
Rancangan Pembangunan Negara Berjadual

- peringkat 1
Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970) -Rancangan lima tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia.
-peringkat 2
Rancangan Malaysia kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia keempat(1981-1985)
Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
DEB(dasar ekonomi baru)
-peringkat 3
Rancangan Malaysia keenam(1991-1995)
Rancangan Malaysia ketujuh(1996-2001)
DPN(dasar pembangunan nasional)
-peringkat 4
Rancangan Malaysia kelapan(2002-2006)
Rancangan Malaysia kesembilan(2007-2011)
DWN(dasar wawasan negara)
-perigkat 5
Rancangan Malaysia kesepuluh
Rancangan Malaysia kesebelas
DASAR PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN MALAYSIA



Dasar era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990.Program jangka pendek dijalankan iaitu,Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).

Seterusnya,pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun 1991.Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).Tempoh pelaksanaan RRJP2 berakhir pada tahun 2000.

Pada April 2001,Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) pada Malaysia Kelapan (2001-2005) dan rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).Usaha negara untuk mencapai wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun 1991 dan Kerajaan dan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara.

RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik:

     1.Membina Bangsa yang berdaya tahan
     2.Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama
     3.Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
     4.Menghadapi persaingan antarabangsa
     5.Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuaan
     6.Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
     7.Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
                                                     

                      
Penyertaan rakyat dalam aktiviti pertanian yang dirancang turut menjana pendapatan kepada negara

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) telah dilancarkan di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu.Matlamatnya adalah untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi penekanan kepada sektor luar bandar.DUA agensi kerajaan,iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956.

Penubuhan dua buah agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA (Federal Land Development Authority; 1956) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta pelaksanaan sistem Buku Merah merupakan inovasi penting dalam sejarah perancangan dan pembangunan negara sehingga ke masa kini. Dari segi pencapaian RM1, pelaburan sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Ini kurang sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi tempoh berkenaan.





RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuaan.Pertama, rancangan ini disediakan dan jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia.
Kedua,Rancangan ini menggunakan dua kaedah, iaitu peracangan dari atas ke bawah dan perancangan dari bawah ke atas.
Ketiga,kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun seterusnya.



RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
                                                      
                                                               

                                                       
            Penanaman padi dia antara aktiviti ekonomi masyarakat dalam RMP

Memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program keatas setiap sektor ekonomi.RMP juga memberi penekanan ke atas integrase antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Seterusnya, kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Lembaga Kerajaan Perindustriaan Malaysia(MIDA) ,Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera,Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif.Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap.





RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
                                                          

                       
               
     
Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Kedua, menggantikan getahdengan kelapa sawit.
Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam,terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian.Petroleum Nasional Berhad(PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.Dalam tempoh RMK2,Keluaran Dalam Negeri Kasar(KPDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut

(a)pertanian-25%
(b)pembuatan(19.3%)
(c)perdagangan(14.4%)
(d)perkhidmatan(10.15%)

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang melayu.Namun begitu,RMP dilihat kurang Berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang melayu di dalam ekonomi.Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.








RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)


Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Tumpuan Utama
RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.
Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

Kesan
RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.
Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.


RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4: 1981-1985)
RMK-4 dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagaibagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan.

Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini adalah sejumlah
RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8 peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3 peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1 peratus.

                                                                        


Sektor perusahaan berat menjayakan program pembangunan negara dalam RME 

Dasar Penswastaan
Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun
1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan
pengurusan negara. Rasional penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta memandangkan perlunya pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak begitu kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun 1980-an.
Strategi dan Pelaksanaan
Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh RME. Oleh yang demikian, unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan ialah secara meningkatkan daya pengeluaran pertanian, menambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrian, memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan serta mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan. RME juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.

                                                                  


RME mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir
Pencapaian RMK-4
Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan dibantu oleh harga barangan yang tinggi.


RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Kawasan luar bandar
Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Pelancongan
Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pembuatan
Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam negara dan antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON.




RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)

                                                                    


Tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secar cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamnay sektor pembuatan.
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6: 1991-1995)
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.
Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.
Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran.




Penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik

Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6
Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan.
Pencapaian RMK-6
Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asas ekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saing negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya lebih stabil.
Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan. Sektor eksport telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh Rancangan.



  RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMK-7 : 1996-2000)                                
                                                                 
      
                                                          
                     Hasil pertanian juga menjana pendapatan negara

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7: 1996-2000)
RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.
RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.




 
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 
Pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan hala tuju pembangunan sektor pertanian negara

 (DPN3) (1998-2010) adalah untuk:
·        Meningkatkan food security negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial
·        Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui permindahan teknologi
·        Merapatkan rantaian di antara sektor pertanian dengan sektor lain
·        Mewujudkan sumber pertumbuhan baru mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari.

                                                                          

Sektor pertanian dan pereternakanmeningkatkan produktiviti dan daya saingdalam negara

Strategi dan Pelaksanaan RMK-7
Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah:-
·        Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa.
·        Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT.
·        Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.
·   


RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN ( 2001 – 2005 )
                                                                  
                                                                 

Menara Kuala Lumpur mercu lambang kemegahan Malaysia

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8: 2001-2005)
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.

Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.

                                                  

RMK-8 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)
Strategi dan Pelaksanaan Program RMK-8
Antara yang diberi penekanan dalam Rancangan ialah meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan yang mapan.
Dalam tempoh RMK-8 melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran, pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal, melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP kepada pertumbuhan ekonomi.


                                                           

Syarikat Multinasional(MNC) terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan
Pencapaian RMK-8
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam masa lima belas tahun lalu, negara berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus setahun antara 1991 dengan 2005. Pertumbuhan ini dapat dilihat peningkatan lebih sekali ganda pendapatan isi rumah daripada RM 1,169 sebulan dalam tahun 1990 ke RM 3,249 sebulan dalam tahun 2004.


RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)
                                                                       

     
Bidang bioteknologi dan ICT akan dipertingkatkan demi menjamin negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020.
 Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9.  

                                                                     


 Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru






 MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA:
.  Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
. Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
. Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif
. Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
. Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wilayah yang terbabit ialah:-
·        Wilayah Ekonomi Koridor Utara
·        Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar
·        Wilayah Ekonomi Koridor Timur
 Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif.



 Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia
Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia:- 

 Wilayah Ekonomi Koridor Timur
 Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa.


RANCANGAN MALAYSIA KE-10(2011-2015)

                                                                           

                               peruntukkan pembangunan RM ke-9 dan RM ke-10



                   Perdana Menteri membentangkan RM ke- 10 ( 2011-2015)
            
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi 10-6-2010.

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.
RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.
* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.
* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur


RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)


Rancangan  Malaysia kesebelas telah dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ,Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di parlimen pada 21 Mei 2015.RMK11 amat penting kerana dilihat menjadi transformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadi Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dan berpendatan tinggi menjelang 2020.
Di bawah Transformasi Nasional ,enam program telah dirancang dan akan di laksanakan :
·        Program Transformasi Kerajaan
·        Program Transformasi Ekonomi
·        Program Transformasi Politik
·        Program Transformasi Komuniti
·        Program Transformasi Sosial
·        Program Transformasi Fiskal


KESIMPULAN


Tegasnya,kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk mengangkat ekonomi negara ke tahap yang paling maksima.Biarpun begitu , kerajaan juga sangat mengambil kira kesan jangka masa pendek dan panjang terhadap sesuatu pelaksanaan dasar pembangunan tersebut.Justeru ,tidak hairanlah aspek pembasmian kemiskinan,peningkatan KDNK dan taraf ekonomi seisi rumah dibanguunkan seiring dengan penyusunan semula masyarakat dan agihan ekonomi yang seimbang antara semua kaum,masyarakat dan juga kawasan.

Semua dasar pembangunan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam membentuk sahsiah peribadi manusia dalam negara dan juga menjamin perpaduan sekali gus keharmonian rakyat.Dasar-Dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama,menitikberatkan nilai kemanusiaan , bertolak ansur sesame kaum dan jantina,malahan meletakkan negara dengan satu identiti yang tersendri di mata dunia.Walau bagaimanapun , keberkesanannya amat bergantung kepada penghayatan rakyat negara terhadap setiap dasar yang digubal tersebut.




TERIMA KASIH




Older Post . Newer Post