Pengajian Malaysia

Bab 5 : Isu-isu Keprihatinan Negara
Thursday, 9 March 2017 . 0 word(s) .


HASIL KERJA:HAZIQ 
                            :HARIZ
BAB 5:ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERANAN PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI(NAM)
Maksud Nam:
Sebuah Organisasi Antarabangsa 
Disertai:
Lebih 114 Buah Negara Yng Tidak Memihak Kepada Mana-Mana Blok Kuasa
Diasaskan:Pada Tahun 1961

Pengenalan:
  1. Selepas Perang Dunia Kedua Wujud Dua Blok Di Dunia Iaitu Blok Barat Yang Diketuai Oleh Amerika Syarikat Dan Blok Komunis Yang Diketuai Oleh Rusia-Pemulaan Perang Dingin
  2. Selain Blok Ini Wujud Juga Negara-Negara Berkecuali(Nam)
  3. Nam Terdiri Daripada Negara Yang Sedang Membangun Di Asia,Afrika,Dan Amerika Latin
  4. Nam Mengadakan Mensyuaratnya Yang Pertama Di Bangung,Indonesia,Pada Tahun 1955 Dengan 25 Keahlian.
  5. Dipengerusikan Oleh Malaysia 2003 Hingga 2006 Kemudin Diambil Alih Cuba
Tujuan Penubuhan Nam Setelah Diisytiharkan Dalam Pengisytiharkan Havana 1979:
  • Untuk Memastikan Kemerdekaan ,Kedaulatan,Intergiti Dan Keselamatan Negara-Negara Berkecuali Dalam Memerangi Imperialisme,Kolonisme,Neo-Kolonisme,Pemisahan Bangsa,Perkauman,Dan Pencerobohan Daripada Bangsa-Bangsa Asing,Pekerjaan Dan Dominasi Kuasa Serta Kumpulan Politik.
Tujuan Utama Penubuhan Nam:
  • Mewujudkan Kerjasama Yang Erat Dalam Kalangan Negara Anggota
  • Menjadi Medan Diskusi Bagi Negara-Negara Anggota Untuk Menyuarakan Pendirian Berhubung Isu-Isu Semasa
  • Mengelakkan Negara-Negara Kecil Terlibat Dalam Peperangan Ideologi
  • Memperjuangkan Kepentingan Negara-Negara Sedang Membangun
  • Menekankan Hal Ehwal Yang Berkaitan Dengan Isu-Isu Ekonomi
  • Mewujudkan Muafakat Dan Kerjasama Dalam Kalangan Anggota Nam Melalui Rundingan 
  • Meningkatkan Penguasaan Ekonomi Dan Daya Saing Nam Supaya Pertubuhan Ini Dihormati
Perjuangan Nam:
  1. 1970an-Isu Ekonomi.Jurang Negara Selatan Dan Utara
  2. Memperjuangkan Order Baru Ekonomi Dunia(Nieo)
Penglibatan Malaysia:
  • Peringkat Awal Malaysia Tidak Aktif Kerana Pro Barat
  • Dasar Malaysia Menyokong Tindakan Amerika Syarikat Di Vietnam Tidak Disambut Baik Oleh Nam
  • Malaysia Mula Menyokong Nam Di Bawah Tun Abdul Razak Yang Diadakan Algiers,Colombo,Havana,New Delhi,Dan Luanda
  • Malaysia Melibatkan Diri Secara Aktif Kerana Dasar Nam Secocok Dengan Pendirian Malaysia Yang Menginginkan Interaksi Yang Baik Antara Semua Negara Tanpa Mengira Ideologi Politik Mereka Dan Mendapat Faedah Daripadanya.
  • Malaysia Berperanan Memberikan Tumpuan Dan Penekanan Kepada Isu-Isu Lain Seperti Ekonomi Dan Perdagangan,Kerjsama Selatan-Selatan (Kss),Pembangunan,Pembasian Kemiskinan,Pembangunan Sosial Dan Kemanusiaan Yang Bersifat Sejagat Serta Isu-Isu Yang Berkepentingan Kepada Nam.

Mesyuarat Menteri-Menteri Biro Penyelerasan Negara Berkecuali Inam-Cob Di Putrajaya 
  • Deklarasi Putrajaya(Kuala Lumpur)
  1. Mempromosikan Dunia "Multi Pola"Menerusi Pbb Untuk Kekalkeamanan Dan Keselamatan
  2. Promosikan Hak Manusia Dan Menghormati Perundangan Antarabangsa 
  3. Kerjasama Lebih Komprehensik Dan Proaktif 
  4. Mengukuhkan Kapasiti Nasional Setiap Anggota Nam 
Deklarasi Berasingan Untuk Penyelesaian Konflik Israel-Plestin.Dokumen Muktamad Mengenai Isu Global,Analisis Situasi Antarabngsa ,Ekonomi,Dan Sosial Yang Dikerluarkan Pada Sidang Persidangan Yang Terbaik Oleh Negara-Negara Anggota Nam Kejayaan Tersebut Secara Tidak Langsung Telah Menafikan Tanggapan Negatif Umum Terhadap Nam,Sekali Gus Menonjolkan Keberkesanan Kepimpinan Malaysia Sebagai Pengerusi Nam Menerusi Pendekatan Yang Releven Kepada Situasi Semasa Iaitu:
  1. Keupayaan Malaysia Dalam Memberi Kepimpinan Kepada Nam Ketika Ramai Yang Mempersoalkan Keberkesanan Nam Setelah Berakhirnya Perang Dingin
  2. Kebolehan Malaysia Untuk Merangsang Perpaduan Serta Penyatuan Sesama Negara-Negara Anggota Dalam Keadaan Mereka Yang Sedang Menghadapai Tekanan Daripada Negara-Negara Yang Maju Dan Lebih Berkuasa Serta Berpengaruh 
  3. Keberkesanan Malaysia Dalam Mempromosi Serta Menguatkan Lagi Mekanisme Diplomasi Pelbagai Hala Bagi Menghadapai Kecenderungan Ke Arah Penyelesaian Secara Unliteral Oleh Kuasa-Kuasa Besar,Seperti Amerika Syarikat
  4. Keupayaan Untuk Menyuarakan Dan Mempromosikan Kepentingan Negara-Negara Sedang Membangun Dalam Aspek Aspek Hubungan Antarabangsa ,Khususnya Dalam Bidang Politik,Ekonomi,Perdagangan Dan Sosial.

Kurikulum Kebangsaan
  • •Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,rohani,mental dan emosi.
 Kurikulum Kebangsaan terbahagi  kepada lima seperti yang berikut:
a.Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
b.Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
c.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
d.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
e.Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Tujuan Strategi pelaksaan kurikulum di sekolah ialah:

  a. Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan.
 b. Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah.
c. Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong  pelaksaan kurikulum.
 d. Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.
e. Menyediakan,menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan.


5.3.1     SISTEM PENDIDIKAN

     Sistem pendidikan merupakan saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini.Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan :

a)Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
b)Melahirkan insan beriman,beraklak mulia,berilmu,  dan berketerampilan.
c)Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d)Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
e)pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat iaitu prasekolah,rendah,menengah serta lepas menengah.
f)Sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas dengan amalan dalam kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi.


PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN

ž Kementerian akan memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang etnik.

 žMemastikan peringkat dan tempoh pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi.-Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan.

ž Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat, iaitu prasekolah, rendah,menengah serta lepas menengah.-Sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas dengan kebanyakan sistem pendidikan 

           
           PENDIDIKAN PRASEKOLAH

-Tujuan pendidikan prasekolah ialah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak mengembangkan potensi intelek.


- Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak ialah pendidikan persekolah untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga lima tahun.
-Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada empat tahun.

-Senario pendidikan prasekolah di Malaysia menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan sejak beberapa dekad.

-77% kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun telah mendaftar dalam pelbagai bentuk pendidikan prasekolah.

    LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

.   Pendidikan vokasional bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya.
-Perbezaan antara  teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal  mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan.
-Menjelang 2020,sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA.
-Kerajaan mewujudkan pelan transformasi pendidikan vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran.
-Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional.

  PENDIDIKAN KHAS


 -Sistem pendidikan, kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar-pelajar normal

-Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan khas seperti kekurangan guru dan tenanga pakar khidmat.
Pendidikan Rendah

•       Tujuan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendidikan,bermula di peringkat awal lagi.
•       Matlamat pendidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca,menulis,mengira(3M) dan menaakul

Ø  Pengenalan kepada konsep asas sains
Ø  Kemahiran pravokasional
Ø  Kemahiran generik
Ø  Penerapan nilai-nilai murni

Pendidikan Menengah

•       Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi,iaitu secara kritis,kreatif dan inovatif
•       Mempunyai nilai jati diri kenegaraan yang tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama iaitu bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
•       Antara tujuan lain ialah memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri,Matrikulasi.Tingkatan Enam, PrauniveIsit,Universiti Awam atau di Institut Pengajian Tinggi(IPT) 

Pendidikan Lepas Menengah
·         Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah(tingkatan Enam)
•       Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara.
•       Pada akhir pengajian,pelajar akan menduduki pentaksiran      peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dan Malaysian University English Test (MUET)

Tempoh   Pendidikan   Formal


• Sistem persekolahan di Malaysia adalah 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal
•       Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial. 


Kesimpulan

-> Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan hubungan baik dengan negara-negara di seluruh dunia. Dengan itu, Malaysia dikagumi dan dihormati oleh negara lain.Malaysia juga sangat mengambil berat dan prihatin terhadap alam sekitar kerana alam sekitar merupakan aset penting bagi negara untuk kegunaan generasi yang akan datang. Kerajaan telah beriltizam dan komited dalam usaha mengukuhkan sistem pendidikan negara selari dengan negara-negara maju yang lain.Pelbagai dasar dalam pendidikan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pendidikan negara seperti pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan satu transformasi dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, isu-isu keperihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar negara, isu alam sekitar serta pembangunan modal insan merupakan aspek utama yang diberi penekanan penting oleh Kerajaan bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020.
 



TERIMA KASIH




Older Post